in

Resipi Kek Pisang Kukus Tanpa Telur Simple & Sedap

Resipi Kek Pisang | sebut mengenai kek pisang sinonim kita tahu sudah pasti hendak membuat kek tersebut perlukan pisang, jika tidak aroma pisang terhadap kek tersebut hilang keaslian asalnya. Kek pisang antara kek termudah untuk dibuatnya, nak cuba? jom tengok resepi kek pisang yg dikongsi oleh Shieda Idrak ini.

Resepi Kek Pisang Kukus Tanpa Telur

Bahan-Bahan :

  • 1 cawan gula pasir+ 1 cawan air (jadikan gula hangus. Tapi saya kurangkan gula 3/4 cawan je sebab tak suka manis-manis sangat. Lagipun pisang tu sendiri dah manis. saya guna gula organik raw cane sugar.
  • 1 cawan pisang lenyek (saya guna pisang emas / pisang 40 hari)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh / secubit garam

Cara-Caranya :

  1. Gula hangus + santan + pisang lenyek + tepung gandum + baking powder + soda bikarbonat dimasukkan satu persatu dlm bekas
  2. 1/2 sudu teh garam dalam adunan
  3. Gaul semua bahan-bahan tersebut
  4. Kukus selama 40 minit.
  5. Cucuk dengan lidi kalau tak melekat maknanya dah masak la tu

Resipi Dikongsi Oleh: ‎Shieda Idrak‎
Nak Kongsi Resipi Di Blog Kami Hantar Ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *