in

Resipi Roti Jala Coklat Viral & Sedap

Resipi Roti Jala Coklat | Sinonim kita tahu roti jala selalunya bewarna kuning dan dimakan dengan gulai terutamanya gulai daging, namun, hasil kekreatifan nitizen mencipta roti jala coklat menjadi satu fenomena di Malaysia. Nak cuba buat roti jala coklat? jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Fadzul ini.

Resepi Roti Jala Coklat Viral

Bahann-Bahan :

  • Gandum 3 cawan
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar minyak msak
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-Caranya :

  • Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jgn cair sangat
  • Kacau semua bahan dalam satu mangkuk selepas itu blendkannya hingga halus
  • Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik
  • Kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masuk kan air bgi ada pusar kat tengah.

GUNA BOTOL 3 KAKI :

Sos coklat :

  • Double boiler
  • 200gm coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
  • 200gm susu fullcream

Resipi Dikongsi Oleh: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Nak Kongsi Resipi Di Blog Kami Hantar Ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *